Sad? Or heartbroken?

ASSALAMUALAIKUM

♫ Let's Light It Up 
♫ Light It Up, Light It Up 
♫ Light It Tonight 
♫ Let's Light It Up 

♫ Like Shooting Stars Are Burning 
♫ Light Up The Sky 

♫ Let's Light It Up 
♫ Light It Up, Light It Up 
♫ Light It Tonight 
♫ Let's Light It Up 

♫ L - Let The Night 
♫ L - Let Diamonds 
♫ Sh - Shine In Your Eyes 

Sama menaip, sama dengar lagu.. *Oh lala, goyang bontot* Hehe, tengok tajuk macam patah hati yak amat! Tapi, disebabkan dah sedih lah ni nak cuba happykan balik mood yang memang dah patah macam CD berkecai dengan dengar lagu ni.. 

Aku sejujurnya, memang tak suka! Okey, ayat sebenar BENCI dengan game hujung tahun yang every year pihak sekolah buat. Nak mengisi masa lapang katanya... Tapi, sebenarnya benda alah ni boleh membuatkan pergaduhan kecil antara pelajar...

Aku memang dah start bengang time game handball . Yeah! 3 Bumi masuk Final !!! Tapi, huh! Bila tengok PIHAK LAWAN main, aku yang penyokong tegar ni rasa macam nak masuk padang sekali je. Bukan nak main, tapi aku nak ganyang diorang!! Main kasar satu, rasa-rasanya memang KOTOR kalau tengok baju diorang .. Main paut leher orang laa .. Sekali aku paut leher engkau! Memang patah arr aku rasa! Bila tengok muka player 3B, pergh! Our shooter, Nad, seorang Imam Remaja pun boleh kata Iman dia rasa-rasanya macam dah nak terkeluar je time lawan tu! Nak aje dia IIIHHH cukup-cukup kat player diorang... 

Ingat lagi ayat diorang, BUDAK PANDAI MAIN MEMANG MACAM NI EHH?? Menyeringai aku bila aku dengar. Tapi, setelah dibincangkan bersama team aku, kitaorang berpendapat yang dia sedang mereendah diri untuk mengatakan yang diri dia tu lembab .. *K, ni saiko ya namanya*

Tapi, nasib tak menyebelahi kami... Kalah tipis dengan mata 3-2 .. Bila habis game, diorang pun jeritlah kuat-kuat, ALLAHUAKBAR !!! Tapi, dalam masa yang sama kepala dah telanjang .. Ops, kasar sangat ke bahasa?! So? Do I care?! Aku memang nak luahkan semuanya kat sini hari ni jugak.. Blog aku, lantak akulah..!!

Next, netball... Oh ya, time ni memang ramai dah meletup rasanya.. Team pihak lawan bawa CIKGU LELAKI main sekali jadi SHOOTER !!! Walaweyy ! Wey, ni BOLA JARING sayang, BUKAN BOLA KERANJANG !!! Dan disebabkan game yang memang nampak sangat berat sebelah tu, kitaorang kalah teruk dengan hanya mendapat 1 gol sahaja.. Tapi, kalah bermaruah! Sebab memang terserlah sangat kan ...

Pagi ni, sambung balik game yang tertunda semalam.. Final, Team tu lawan Team lain .. Bila aku tengok diorang lawan, ehh apesal player diorang yang diorang banggakan tu tak dak?? Bila aku bertanya, ada orang kata cikgu tu ada kelas nak kena masuk .. Aku memang dah bengang tahap giler !! Terus aku pergi tumbuk dinding yang ada! Sakit tak sakit tangan aku tu aku dah tak kesah. Sakit lagi hati aku bila aku tengok muka-muka player kitaorang yang kecewa sangat dengan game semalam.. Sakit lagi hati aku bila Iylia menangis depan aku ! Sakit lagi hati aku bila player-player kelas aku kecewa !!! They are all my friends !!!

Dengan perasaan aku yang aku rasa boleh mengamuk kalau ada orang salah cakap, aku pun blah arr pi tenangkan hati kat dalam Bilik Golf .. Ya, bilik kesayangan aku .. Dengan dah macam orang giler, aku tumbuk dinding batu tu banyak kali dengan harapan tangan aku akan berdarah .. Tapi, tak kesempaian .. Yang aku dapat, bengkak dan merah je .. Yang ada kat dalam otak aku ialah muka kawan-kawan aku bila habis game netball dengan muka cikgu tu .. Dah macam orang histeria, aku meraung-raung dalam hati sebab tak nak orang kata aku kena histeria .. *hehe* 

Tapi, aku berkata dalam hati, aku tak nak benci sesiapa. Pihak lawan ataupun cikgu tu sekalipun .. Aku dah tak nak tambah dosa dengan membenci diorang pulak .. Last-last, aku tertidur dengan kepala yang berdenyut-denyut, tangan yang dah bengkak, dan AIR MATA KEKECEWAAN ...



P.S : Lepas ni, kalau ada yang nak membenci aku gara-gara post ni, bencilah .. Kalau ada yang nak mengejek aku lembik, ejeklah .. Aku dah tak kesah . Tapi, please jangan sakitkan hati kawan-kawan aku .. I LOVE THEM ALL . . . - MIZZ FAIZ -

- kelia.com -

P.M.R

ASSALAMUALAIKUM

WOOAHHHH !!! PMR IS OVER ! YEAH ! Ohh, hye dude .. Ya ya ya .. I am one of the PMR Victims for this year .. Victim? Haha, scary much? Wait and see, hahh ..


Woww!! Scary tak? Tak? Hah, wa talak kesah pun.. So, preparation aku untuk PMR kali ni rasa-rasanya lebih sikit kot daripada exam-exam sebelumnya.. Dan PMR kali ni maybe yang paling sedih dalam hidup aku sepanjang aku pernah ambil exam. Because of what? Because my parents tiada di sisi sewaktu aku menduduki peperiksaan ini. Mereka sedang menunaikan ibadat Haji..


Yaa, memang sedih giler .. Diorang bertolak pada 19.9.2012 yang lepas. Flight Malaysia ketiga di Senai International Airport. Tiada tangisan yang keluar dari mataku. Hanya syahdu yang bertandang di hati. 

Okeylah, tak mao sedih-sedih ni .. Berbalik kepada PMR .. Penilaian Menengah Rendah . Cek pelik laa.. Awat depa tak letak je Peperiksaan Menengah Rendah ? Konon nak kurangkan sikit aura menakutkan PMR laa tu dengan letak Penilaian .. Cett, aku taulah taktik kau ! *k, tak memasal nanti kena baling ngan selipar*


Uuu, siapa tu? Tak nampak ke kat bawah tu ada Mizz Faiz?! That's my name, baby.. K, saje je den letok gambo ni buat santapan uols .. Tak suka? Boleh blah . Annoyed? Pon boleh blah . Haha.. Time exam tu, aku asyik teringat kat Eijat Abdullah je.. Siapa tu? Pi upah detektif sana kalau nak tahu.. Sebab apa aku ingat kat dia? Sebab aku teringatkan post dia mengenai tips exam. Haha, lawak giler part SILA LIHAT SEBELAH. 


Kalau kau rasa biji mata kau tak nampak gambar ni, jangan segan silu nak tekan gambar ni untuk lihat lebih jelas yerr ... Hehe.. Amacam? Betui kan apa aku kata.. Lawak giler ~ ! Siapa berani nak buat macam ni untuk exam akhir tahun nanti, buatlah .. Nak tahu juga aku siapa pandai giler buat macam tu ..

So, para PMR Victims.. Kata-kata penutup saya, janganlah happy-happy sangat sebab korang dah merdeka .. Jangan lupa, result belum keluar lagi sayang oii .. Kang, frust menonggeng kalau result ehem-ehem .. *minta dijauhkan* Banyakkan berdoa supaya guru penanda tu diberi penerang hati supaya mood dia baik dan kita akan pass with flying colours.. ~ That's all from me .. MIZZ FAIZ

Twitter : @ZackZarill

- kelia.com -

EiD mUbArAk

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah. Hari ini merupakan hari yang cukup mulia iaitu 1 Ramadan. Maka, telah bermulalah ibadah puasa dijalankan. Siapa kat sini suka berpuasa? Hurm, angkat tangan! ( ehh, jangan. Ada seorang cikgu tu pesan jangan sebab nanti EHEM . Pepaham sendiri. hehe.. )

 

Definisi puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada lapar. Kalau begitu, makanlah setiap minit untuk mengelakkan daripada berlapar. hehe.. Definisi puasa yang sebenarnya menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari yang disertai dengan niat. Ni korang semua hafal ke tak niat puasa? haha..


Dikalangan kita semua, ada juga kan yang baca niat sambil bernyanyi. Alaa, lagu budak tadika yang tomey-tomey tu .. gugu ~ *suarabayi* haha.. Ehem, sebenarnya . . . Saya pon sama.. kehkehkeh


Nampak kan apa yang dalam gambar ni? HAPUSKAN DENDAM, BERSIHKAN HATI . LURUSKAN NIAT . Pada bulan Ramadan ini, janganlah kita bermusuh-musuhan. Tak payah nak SAIKO-SAIKO bagai. Tak payah nak panggil orang SAKAI dan seangkatan dengannya semua tu. Semua tu memurahkan pahala ibadah puasa kita. Kalau ada yang membenci kita, hiraukan saja perbuatan dia tu. Sesungguhnya, orang yang berbuat jahat pada kita, Allah akan membalas perbuatannya jua nanti. Moga-moga kita dihindari daripada semua ni.

TERAWIH . Sinonim dengan ibadah puasa kan? Alhamdulillah, saya dapat menunaikan terawih pada malam pertama. Best ~ ! Fadhilatnya .  ~


MasyaAllah , best bukan ? Tunaikanlah walaupun tidak dapat menunaikan kesemua 20 rakaat . Ini kerana kita hanya dapat merasai keBESTan menunaikan ibadah ini pada buan Ramadan sahaja.


See that? Alhamdulillah, ramai orang datang untuk menunaikan solat di masjid pada malam ini. Tak kira yang tua, muda, kecil, besar, sihat, sakit. Semuanya datang. Yang sakit tu dia sembahyang duduk laa.


Mesti ada yang pelik. He'eh, apesal letak gambar ni pulak? Haha, sebenarnya saja nak tunjuk one of my geng. She is Atikah Pandi. Ok, sebenarnya saya nak bagitahu yang kalau ada teman yang ikut sama menunaikan solat di masjid atau surau, kita akan lebih bersemangat nak menunaikannya. Bukan maksud saya kalau ada kawan baru nak sembahyang. Tapi, kita akan lebih bersemangat ! Saya jumpa beberapa lagi kawan. Guru pon ada. Like Puan Marpuah. Saya suka sangat ramai orang imarahkan lagi masjid tak kira lelaki ataupun perempuan.

For peminat ANGRY BIRDS !!!



SeLaMaT mEnUnAiKaN iBaDaH pUaSa ~




 - kelia.com -

Awesome Teachers

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah ~ Siap jugak blog ni . Baru buat taww . Tiba-tiba rasa nak buat blog sebab ramai geng ada blog diorang sendiri . Sebenarnya saya nak kongsikan perasaan sedih saya sebab cikgu praktikal saya dah balik ke universiti diorang balik . Saya selama ni memang tak berapa nak rapat sangat dengan cikgu praktikal segala bagai ni . Nilah kali pertama saya kamceng dengan cikgu praktikal . Diorang tu Encik Farid , Encik Saiful , Miss Lum, and Miss Seah . Mereka semua ni from UTM, Skudai .. Meh saya kenalkan .

MISS LUM LYMEI

Cikgu ni memang coolio. Dia ni cute sangat ! Tak caya ?? Tengok arr sendiri ..


Haa , betulkan .. ?? Ingat lagi cikgu ni cerita bila dia first time pakai Baju Kurung . Kelakar pulak bila dengar . Ok, now let's preview kembar tapi tak sama parents cikgu ni pulak ..

MISS SEAH SHIN LI

Nak tahu kenapa aku kata diorang kembar ?? Sebabnya diorang ni rapat sangat . Kat mana-mana diorang pergi, mesti bersama . Ok, kecuali time pergi tandas or mengajar laa . Cikgu ni pretty taww ..


Nampak tu ?? Alolo, tomeynyer dia ~ hehe .. Tengok ehh betapa sweetnyer diorang kalau bersama .. Jelez Ucop taw takk .. haha


Dah tengok kan cikgu-cikgu gurlz kiteorang yang tomey-tomey belaka ni . Now, kita preview cikgu putera pulak ..

ENCIK SAIFULLIZA

Mesti tertanya-tanyakan, kenapa nama cikgu ni ada Liza kat hujungnya . Entah, aku pun tak tahu . Tak tanya yang sebenarnya . hehe .. Tapi bukan itu yang aku nak sharekan . Sebelum tu, ni gambar Cikgu Epul . ( jangan cair sudah .. haha )


Kiteorang panggil cikgu ni cikgu poyozz.. Serious, poyo kan muka dia. *balingkasut* haha.. Dalam semua cikgu praktikal, cikgu ni seorang yang ada tinggalkan 'mark' kat aku. Nak tahu apa? Jeng jeng jeng! Parut kat siku kiri aku! Jangan pelik! Sebenarnya, aku tergolek time jalan dengan cikgu ni sebab nak ambil thinner kat bengkel. Tapi, cikgu ni boleh plak tak perasan yang aku dah terjatuh. Dah tu, dia ketawakan pulak esok harinya! Ish, bengang giler! Tapi takpe, nasib baik aku sayang cikgu ni.. *mukamalu* kehkehkeh

Tapi kan, cikgu ni suka buat muka nerd. Tak tau ar pasai apa. Maybe sebab nampak cute kot .. haha # jangan marah cikgu.. hehe #


Serious, muka dia tak ley blah siot !! Eceh, ala-ala Prince Charming tak jadi gitu.. # mende aku merepek ni? haha # Cikgu ni kasi aku jajan sebelum dia balik .. *yeahyeah*

Ok, last but not least . . MY AWESOME MR. PAGHED !!

ENCIK FARID

Cikgu ni kan, dia kan, orang Kedah. Tu je.. The End. haha.. Ok arr. Dalam keempat-empat cikgu praktikal, cikgu ni yang paling rapat dengan aku KOWT. hehe.. Cikgu ni yang masih keep-in-touch ngan aku. hehe.. Ok, ok. Mesti nak tahu macam mana rupa dia kan ..


Muka dia macam garang kan. Memang pown. Kengkadang aku pon takut ngan cikgu sorang ni. Tapi, tak ar sangat. Sebab cikgu ni sentiasa caring. Jyeah ! hehe..Yang special about cikgu ni ialah because cikgu ni adalah Mr. President !!! Nak tahu kenapa? Sebab cikgu ni tubuhkan satu club yang awesome giler bernama kelia.com . ( See the tajuk .. hehe ) Club ni terdiri daripada cikgu ni, me, Kak Pika and Kak Pinaz .. Kira kiteorang ni geng arr .. Kiteorang berempat memang rapat !! Really ! Sampai ada yang jelez .. hehe


Nampak tak keAWESOMEan club kiteorang tu ? haha *dushdush* Cikgu ni banyak share about himself. Rasa bangga bila dengar kisah dia kat sekolah dulu. Teringat cerita Hana Yori Dango arr pulak. Yang different cuma hero berempat filem tu awesome sebab anak empat orang terkaya di Jepun. Yang cikgu Ayed ni pulak sebab dia antara empat atlet terhebat sekolah. WOAH !

 Rasanya ingat lagi bila first time dia masuk kelas aku. Time tu tengah amik paper Geografi Form 3. Cikgu Nor Halilah tak masuk. So, cikgu ni ganti. Tempat duduk aku ni pulak betul-betul sebelah dengan meja guru. Jadi, cikgu ada berbual dengan aku lorh lepas abis paper tu. Start daripada tu, aku kamceng dengan ini cikgu.. ( Nasib baik paper Geo tu dapat A .. :D )

#######################################################

Serious, aku tak pernah sedih giler sampai macam ni bila cikgu aku pindah or keluar sekolah. Entah laa, tapi cikgu-cikgu kali ni telah berjaya buat hati aku sedih sangat . 29.6.2012 merupakan sejarah hitam buatku ~

~ Miss Seah and Lum ~

~ Cikgu Epul ~

~ Mr. President ~


- kelia.com -
 
Teen Life Story Blogger Template by Ipietoon Blogger Template