Alhamdulillah. Hari ini merupakan hari yang cukup mulia iaitu 1 Ramadan. Maka, telah bermulalah ibadah puasa dijalankan. Siapa kat sini suka berpuasa? Hurm, angkat tangan! ( ehh, jangan. Ada seorang cikgu tu pesan jangan sebab nanti EHEM . Pepaham sendiri. hehe.. )
Definisi puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada lapar. Kalau begitu, makanlah setiap minit untuk mengelakkan daripada berlapar. hehe.. Definisi puasa yang sebenarnya menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari yang disertai dengan niat. Ni korang semua hafal ke tak niat puasa? haha..
Dikalangan kita semua, ada juga kan yang baca niat sambil bernyanyi. Alaa, lagu budak tadika yang tomey-tomey tu .. gugu ~ *suarabayi* haha.. Ehem, sebenarnya . . . Saya pon sama.. kehkehkeh
Nampak kan apa yang dalam gambar ni? HAPUSKAN DENDAM, BERSIHKAN HATI . LURUSKAN NIAT . Pada bulan Ramadan ini, janganlah kita bermusuh-musuhan. Tak payah nak SAIKO-SAIKO bagai. Tak payah nak panggil orang SAKAI dan seangkatan dengannya semua tu. Semua tu memurahkan pahala ibadah puasa kita. Kalau ada yang membenci kita, hiraukan saja perbuatan dia tu. Sesungguhnya, orang yang berbuat jahat pada kita, Allah akan membalas perbuatannya jua nanti. Moga-moga kita dihindari daripada semua ni.
TERAWIH . Sinonim dengan ibadah puasa kan? Alhamdulillah, saya dapat menunaikan terawih pada malam pertama. Best ~ ! Fadhilatnya . ~
MasyaAllah , best bukan ? Tunaikanlah walaupun tidak dapat menunaikan kesemua 20 rakaat . Ini kerana kita hanya dapat merasai keBESTan menunaikan ibadah ini pada buan Ramadan sahaja.
See that? Alhamdulillah, ramai orang datang untuk menunaikan solat di masjid pada malam ini. Tak kira yang tua, muda, kecil, besar, sihat, sakit. Semuanya datang. Yang sakit tu dia sembahyang duduk laa.
Mesti ada yang pelik. He'eh, apesal letak gambar ni pulak? Haha, sebenarnya saja nak tunjuk one of my geng. She is Atikah Pandi. Ok, sebenarnya saya nak bagitahu yang kalau ada teman yang ikut sama menunaikan solat di masjid atau surau, kita akan lebih bersemangat nak menunaikannya. Bukan maksud saya kalau ada kawan baru nak sembahyang. Tapi, kita akan lebih bersemangat ! Saya jumpa beberapa lagi kawan. Guru pon ada. Like Puan Marpuah. Saya suka sangat ramai orang imarahkan lagi masjid tak kira lelaki ataupun perempuan.
For peminat ANGRY BIRDS !!!
SeLaMaT mEnUnAiKaN iBaDaH pUaSa ~
- kelia.com -