ASSALAMUALAIKUM
yo ! yo ! yo ! serious , dah lama aku tak update blog kan . seriously , aku malas . kihkihkih . disebabkan aku tengah ada mood ni , baik aku start merepek kat sini . kang nanti kalau dah malas nak update , kau tunggu aku sepuluh tahun pun belum tentu aku nak update . ecewahh , gampang . macam ada je yang nak tunggu aku update blog sampai sepuluh tahun kan . lewls ~
tetiba hari ni ada feel nak update . okeyy , sepatutnya entry ni aku post sebulan yang lepas . yupz , kau bayangkanlah betapa malasnya aku nak buka lappy dan menaip benda alah ni . sebulan hengkau ingat macam semalam ? pergh , memang malas tahap gaban aku ni .
IMPORTANT MESSAGE : entry ini pasti akan panjang berjela sebab aku banyak mencarut dalam ni . so , sape rasa dia malas nak baca panjang-panjang , dah boleh angkat kaki pergi kedai mamak sana . tak nak baca sudah . kang nanti ada yang membebel apesal cerita aku ni tak habis-habis . lulz , depan tu memang kena capital letters ehh ? kemain .
26 FEBRUARI 2013
"alah , sensei . saya tak nak arr pergi kem ni . menakutkan arr . ada ramai lelaki . sensei yok arr balik sekolah balik"
"biar arr . dah dah , turun . jangan lupa barang awak yang macam nak pindah tak nak balik terus tu"
"sensei ni ! sempat lagi buat lawak hambar time macam ni"
urghh ! yupz , saya kena pergi kem . what kem ? Kem Kepimpinan Kelab dan Persatuan Daerah Batu Pahat . serious wehh , seram . bukan sebab tempat tu keras *maklumlah , banyak batu and pokok kan* , tapi sebab kem ni campur boys and girls . and seriously , Nurfaiezah di sini tak pernah pergi mana-mana aktiviti yang ada boys selain latihan silat . masuk-masuk je dewan dia , muka bengang . sebab , aku tengok takde yang lain bawa beg sebesar aku pun ! memang bengang tahap anaconda dohh ! sekolah pertama yang aku perasan aderlah HS . umm , memang arr . t-shirt sekolah tu je aku kenal . and aku harap diorang tak ngutok beg aku .
makin lama , dewan semakin penuh dengan peserta dari sekolah-sekolah lain . kem dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Khir . pergh , tak nak skema lagi kan . okey okey , sambung . tuan ni kan , pergh garang seyy ! ! i still remember pesanan dia .
" buat apa yang saya suruh , dengar apa yang saya cakap "
then , ada lah seorang budak perempuan ni kena tengking sebab dia berbisik dengan kawan sebelah dia . woahh ! siap kena ambil nama lagi . aku dah takut siakk nak teruskan kem ni . huhu . kemudian , kami dibahagikan ke dalam dorm-dorm yang disediakan . yang boys , dapat rumah sebiji-sebiji tetapi dalam tu ramai orang . we , as the girls , dapat rumah panjang . LOL , hengkau ingat dekat Sarawak je ada rumah panjang ni ? kat Tanjung Laboh pun ada taww . . haha ! saya and my team dapat bilik 4 bersama-sama dengan dua orang pelajar dari SMSBP . hah , apa tu ? SEHEBAT lorh .. tahu , kan .
setelah barang-barang kami siap susun dalam bilik , kami diberi sedikit makanan untuk buat alas perut . di sini , satu hari kami diberi makan 6 kali . hamboi kau ! haha . firstly , sarapan . kemudian , kudapan ringan setelah melakukan aktiviti pagi . makan tengah hari . lagi , minum petang . malam makan lagi . sebelum tidur makan biskut dengan air teh . hah kau , puas makan ! okey , kembali ke pangkal jalan . lepas habiskan biskut 3 layer tu , kami berkumpul semula di dewan untuk program seterusnya . program jurus silat ! jurus yang lawak bhaii . i still remember , ZASS , AMONKEY , ULTRAMAN , ANACONDA .. k , serious lawak ! apa yang tersirat dalam lawak ni , fokus . alah , uols semua dah biasa kan . then , perlantikan penghulu dan penghuluwati . owh , ni yang yang syok . penghulu kem ni adalah saudara aku sendiri yang memang aku tak pernah berkenalan pun sebelum ni . sengal kan . aku baru tahu yang nama dia Akmal Lukman dan dia masih bersekolah menengah . haha ! selama ni aku ingatkan umur dia dah 20 something . LOL . ehem , penghuluwatinya pula adalah Siti Hajjar a.k.a awek tudung pink yang meletop sewaktu awal kem tadi . *hah , scroll balik atas* sebelum masuk ke dorm untuk solat Asar , kami telah dibahagikan mengikut kumpulan . and me , telah mendapat kumpulan 5 dohh ! serious , muka-muka semua memang tak familiar langsung . tapi kami belum disatukan lagi . hanya diberikan kumpulan sahaja .
jurus silat pelik . haha !!
hah , macho kan penghulu kita ni . LOL
petang after semua dah siap-siap , kena beriadah . hoho ! best giler aku cakap !! tapi , disebabkan dah sebulan aktiviti tu berlaku . aku dah lupa . -,- okey , benganglah kat aku . serious , aku tak ingat . kahkah !! okey , tak lawak . disebabkan saya tak ingat petang tu kami punya riadah apa , i'll continue dengan aktiviti pada waktu malam . that night , kami telah diberi satu lagu tema . lagu ni kami semua kena nyanyi everytime ada gathering . tak kira lah kat dewan ke , atau kat mana-mana lah jika disuruh menyanyikan lagu ni . kami siap disuruh buat action yang bersesuaian dengan lirik lagu tersebut . want to know what song it is ? yeah ! my now favourite song , I Am For Youth a.k.a IM4U ! haha ! lagu yang sangat bersemangat jika dinyanyikan beramai-ramai .
perbincangan oleh ketua-ketua kumpulan untuk bincang about action ^_^
after that , kami telah diberi assignment untuk membuat identiti sendiri bagi setiap kumpulan . topi made by manila card . dan kami telah mendapat idea berdasarkan topi golf . don't ask me kenapa mesti ada kaitan dengan golf . i don't know , ask them . then , tema topi kami adalah Agi Idup , Agi Ngelaban yang tanpa Ali sengaja luahkan idea tersebut . me , nak buat topi tak pandai . so , kerja aku elaborate lah apa yang Ali berikan tu .
me , yeyo'or je macam bersemangat nak buat . maklum , depan kamera kann . hehe
and , hasilnya !!!
lulz , model ni tak sesuai siakk !! hehe , sorry Nash .
hah , aku dah bagi link facebook diorang sekali tu . pas ni , siapa yang berminat dah boleh usha-usha dah *except for Mimie arr . tak jumpa fb dia .. huhu* okeyy , after dah reka topi kebanggaan kami ni , dapatlah juga biskut kering plus air teh panas . dah tu , kami pun beredar ke bilik masing-masing untuk berehat . tapi , esok kena bentangkan about topi kami ni .. hurmm ~
27 FEBRUARI 2013
after mandi plus solat subuh , kami semua kena berkumpul kat satu open area ni . hah , sebeum pukul 7 dah kena ada . me ? of course awal . tapi , rakan sebilik aku tak keluar-keluar lagi . hadoyy , segan kau . budak perempuan keluar lambat siakk . dah aku forever alone kat situ . duduk ikut sekolah masing-masing . ada dak HS suruh aku duk ngan dia . piirahh ! then , tuan yang kat depan tu suruh aku buat satu line baru yang memang bertentangan dengan HS . haha .. totless ~
my geng pun datang . lambat sikit arr . then , kami pun beriadah untuk pagi ni pula . riadah apa ehh ? pergh , ingat-ingat lupa siakk . maklum , sebulan punya citer . hehe . jap , ingatkan balik . hah , kau dah boleh pergi tolong mak masak dulu ke sementara tunggu aku ingatkan balik ni . okey , ayat giler babun minta kaki kan . urghh !! aku tak ingat siakk ! mesti kau kata aku ni nyanyuk kan . hah , ngutuk arr . tak kesah pun . korang anggap arr riadah yang biasa korang buat selalu tu . warm-up ke , main lari-lari ke .. hehe
after that , rasanya kami diberi sarapan pagi kut . hah , kau jangan tanya sarapan apa . memang aku tak ingat arr .. haha . okey , aktiviti pertama yang kami lakukan of course nyanyi lagu IM4U arr kan . dah itu trademark kem ni . so , kami nyanyi dengan penuh bersemangat . cewahh ! lulz ~ so , as i said before , pagi ni kami kena bentangkan about topi masing-masing . hokeyy , team kami dibentangkan oleh ketua kami iaitu ali the greatest *lol , takde pun nickname ni sebenarnya* and dia pun terang . kan . bla bla bla . kan . malas aku nak terangkan panjang lebar . kan . kang tak muat satu post ni . hehe . perasan tak yang terlebih kan di situ ? hah , tu trademark ali . tak tau pasai apa mamat tu suka cakap kan . kan sangat . hah , kamilah team oleanden . okey , tu rumusannya . haha . sewaktu pembentangan ni lah banyak norr berdebat . pergh , dah macam dalam dewan parlimen . memang tegang ! okey , aku over . haha
perdebatan kami berlangsung kira-kira sehingga tengah hari . lulz , gampang giler ayat . aktiviti seterusnya rasa-rasanya pembahagian tugas . tugas apa ? ni lah kemuncak kem kami . assignment tergempak kami adalah menguruskan sebuah majlis penutupan daripada segi protokol hingga ke bawah kuali . yupz, kami kena buat sendiri . and team oleanden dapat tugas bahagian dapur . cett !! takde pengalaman siakk ! kami kena runding harga makanan serendah yang boleh . rasa-rasanya harga asal yang puan bibah tawar empat hinggit setengah kut . tu untuk satu kepala . bayangkan betapa banyak duit kertas yang kami perlu kumpul . then minta plus pujuk nak kurangkan harga dapatlah tiga hinggit kut tak salah . tengok arr siapa yang pujuk . faiz lorh . siap keluar air mata hengkau ! okey , abaikan . tapi , ada syarat . kami , team oleanden kena tolong kat dapur . haha , part ni yang aden tak berapa suka . especially bila musuh ketat den ada . siapa ? of course cik bawang kita ! urgh !! aku tewas dengan bawang . :(
perbincangan benda lah ni semua disambung semula after solat zohor . ada orang pelawa aku jadi penyambut tetamu . bukan penyambut yang alaa .. sopannya tu . but , silat untuk menyambut yb nanti . aku pun , oh yeah ! syok jugak ni . kena couple ngan mail . i mean partner ehh .. so , dah bincang-bincang dengan mail nak buat step apa , aku pun berlari ke dapur balik . geng ngan budak-budak dapur pun syok apa . haha ! diorang lawak siakk ! menangis-nangis aku tengok budak lelaki ni . syahdu bhaii . macam tengok drama hindustan je . LOL . kupas bawang meleleh air mata . nasib baik aku sempat larikan diri dulu tadi . jadi , kerja aku tak kena dengan bawang . yang bestnyer , banyak siakk bawang tu ! macam nak kenduri . slack arr takde gambarnya . haha
disebabkan saya tak kena kupas segala bawang-bawang tu , aku kena blender segala bahan-bahan yang patut diblender . hadoyy , masalah . i don't know how to sukat the air . serious , memang tak tahu . minta tolong ili , dia suruh nash tolong aku . hah , nash pun tuanglah air dalam blender tu dengan gaya yakinnya . dicampur dengan bawang putih yang dah takde kulit . bila blender , pergh ! cair dohh .. haha ! nash garu kepala .
"wehh , awat aku tengok macam cair je ni , nash ?"
"entah , aku pun tak tahu sebenarnya"
muka aku memang dah cuak dah . adoy , mampus kalau abang-abang kat dapur tu marah . kekonon nak cover jangan sampai abang garang tu nampak . sekali dia bersuara .
"hah , terlebih air tu ! apa ni ?"
adess , memang takut dia ngamuk je . kang kena tambah bayaran , susah aku .
"dah dah . letak je isi tu dalam mangkuk . kalau rasa makanan tu nanti tak sedap , kau orang yang kena nanti ehh"
lega siakk abang tu tak marah . kecut perut jugak arr dengar ugutan dia part hujung tu . nash then , blah pergi sambung kerja kupas bawang dia tu . tinggallah aku blender benda alah lain yang patut diblender .
kerja memblender aku ni disambung oleh ili . hah , blenderlah bawang merah tu . memang aku surrender . bawang merah ni gedik siakk . nak blender kena tambah air , dah blender kena tapis air dia pulak . aku yang pemalas tahap gaban ni tolonglah jugak pegang tapis tu . haha , nampak kan tahap kemalasan aku . kemain . dah siap semua , masa untuk membasuh pulak . hah , basuh apa ? basuh tempat membasuh ni yang ada isi ayam lah , sayur lah . pergh , great ! dah siap semua , weols pun minta izin nak solat . hah , kau ! kerja kat dapur sampai solat pun lambat . teruk betul perangai dak-dak . jangan contohi ya kawan-kawan .
orang masuk bilik masing-masing untuk solat . aku , sempat solat plus mandi sekali . melekit dohh ! yang lain tak mandi dulu sebab after this ada riadah dulu baru mandi . aku ni yang gatal terlebih nak mandi . so , pas tu riadah laa . sebab aku dah mention tadi kan . kali ni punya riadah, aku ingat . haha ! bangga tau ni . kami diberi nama buah yang mewakili nombor . giler riuh time ni . sebab kami kena buat kumpulan berdasarkan nombor yang diberi dalam masa beberapa saat je . haha , lawak ! yang terlebih or terkurang or takde group kena ke depan . dan tak boleh pergi mana-mana kecuali kalau ada orang tarik dia masuk group tu .
kemain daus mengira ahli kumpulan . tampak cahaya keriangan di wajah masing-masing . haha
menggila siakk budak-budak ni beriadah
haha ! nampak kan kenapa aku kata diorang tak nak mandi dulu tadi . memang berpeluh . tapi aku steady je . maklumlah , badan tak lekit sangat . kemain . masuk bilik lagi untuk bersiap bagi menunaikan solat maghrib pula . dah siap tu , apa lagi . berkumpul kat dewan nyanyi lagu IM4U lagi . malam tu every team kena bentangkan progress tugas masing-masing . bincang punya bincang sampai dah lewat rasanya .menguap tak henti-henti . sempat nyakat nash , nash mata kuyu . haha . mata dia memang dah ngantuk arr . habis je bincang , kena sambung tugas balik . sambil-sambil tu , dapatlah jugak biskut kering ngan air teh nak hilangkan ngantuk . hah , betapa team aku apa lagi , rewang kat dapur tu . serious , kem tu dah macam nak ada resepsi kahwin pulak esoknya . aku , jap lari pergi kat mail , jap lari pergi dapur . yang memang kesian , tu akmal . penghulu , memang busy giler dia . sini sana orang panggil nama dia . yang aku ngan mail ni , jap suruh aku silat sengsorang , then tukar . kiteorang couple berdua . last-last tukar , mail buat sorang . jimat masa . huhu . sedihlah jugak tak dapat buat silat . tapi , hati 50% je nak . so , babai silat , hati-hati ngan mail ehh . haha
okey , balik ngan geng bas sekolah aku kat dapur tu . rewang punya rewang , lap punya lap , memang penat malam tu . dah tak kira pukul berapa . yang penting bahan nak masak esok mesti dah settle malam ni . kang esok puntang-panting nak siapkan macam-macam . hah kau , ayat tak nak bombastik lagi . kemain . last malam tu , membasuh of course . dalam dah ngantuk plus penat tu , sempat lagi mamat ni simbah air kat aku . cewah , macam citer hindustan pulak ehh kau ali . aku apa lagi , simbah balik , tapi dia elak . hah , terus angkat kaki kejar dia arr ! zap zap zap ! lari dia ke depan . cett , sempat lagi dia ketawa besar . takpe kau ali . tak puas hati siakk , sampai sekarang tak dapat balas balik . takpe , sabar faiz . suatu hari nanti . haha ! dah siap semua settle , dah salam-salam mak bibah kiteorang pun nak masuk bilik . sekali nampak tuan hj . nor tengah lepak-lepak dengan akmal . apa lagi , join the club arr aku , ili , ali . sape lagi ehh ? ohh , siti hajjar ada sekali . yang lain , sorry . wa tak ingat . hehe . borak arr pasal relationship aku ngan akmal ni . hamboi , kemain . family relationship . haha . pasal kiteorang tak pernah kenal . hah , malam tu sesi perkenalan kami berdua arr . haha . then , puan ain suruh kami masuk bilik masing-masing sebab dah nak pukul tiga pagi . rewind sikit , tiga pagi . hah , memang kerja tak ingat dunia tu . rasanya main kejar-kejar tadi baru pukul dua lebih je . then , kiteorang pun chow masuk bilik .
28 FEBRUARI 2013
esok paginya , lepas siap-siap aku terus babai rakan sebilik and terus heading pergi dapur . mak bibah and geng dapur dia tengah ready nak mulakan tugas . aku pun tolong arr sikit-sikit . tapi aku sorang je yang dah datang siakk . manalah yang lain . skodeng sikit-sikit tengok bilik dak lelaki . mana diorang ni ? tak kan aku sorang je kut yang tolong kat dapur ni ? kata kerja team . a few seconds after that , ili , maira , nash datang tolong . then , pukul 7 dah kena gerak arr kat tapak kawad sebab riadah . haha . memang banyak kali riadah kem ni . biar semuanya sihat . riadah kali ni malas aku nak citer . okey , tak ingat sebenarnya . dah , abaikan . siap je riadah , kami pun sarapan . sarapan pun ala kadar je sebab fikirkan tugas . cewah , kemain . nash makan biskut kering malam tadi dengan air teh je . haha . memang patut kau cekeding je . then , dia minta basuhkan cawan dia . humm , nasib baik aku ni baik nak basuhkan . okey ! then , kami pun mulakan tugas ! sedih siakk tugas hari ni . teka arr . sob sob . kena hiris bawang . satu besen penuh dengan bawang aku kena hiris . so ,ajak izzate minta tolong . ajak arr jugak nash tolong sebab tengok dia macam takde kerja je . hah , hamik kau ! meleleh air mata ni kena hiris bawang . tengok izzate , pergh steady je . nash pulak , macam nak nangis tapi tertahan-tahan . haha . macam-macam ragam geng aku ni . yang lain ada potong nenas , angkat periuk belanga , macam-macam kerja lagi lah . yang asyik kena kacau , of course me . sebab lidah aku pelik . okey , ramai dah tahu lidah aku macam chinese sikit bunyi kalau bercakap . tapi bila menaip , hah . memang pure melayu . pelik . okey , tukar topik .
lebih kurang pukul sebelas , encik jaslan iaitu penyelia kokurikulum ppd batu pahat tu datang . diiringi kompang from radio . haha . sebab ramai tak tahu nak main kompang macam mana . radio pun boleh arr . disambut oleh mail seorang . hah , nasib baik aku tarik diri semalam . kerja kat dapur ni memang dah penat giler . inikan pula nak bersilat . nasib baik .. majlis pun bermula . bla bla bla . aku tak tahu sangat sebab orang dapur lah katakan . mesti kat dapur . huhu . team aku je yang tak dapat bersama-sama join kat dewan tu . ohh , lupa . ali dapat join kat dewan sekejap . sebab dia yang lead ikrar . wahh , ketua team aku tu . haha . apa seyy . then , kami yang dah penat ni dapat rehat kat bilik urusetia sementara nak tunggu majlis makan . hah , best kau . dapat baring kat sofa pun jadilah . tak kan nak guling kat katil pulak . boys dah cop dulu . then , ali pun panggil bila diorang dah nak makan . kami kena serve . makanannya nasi briyani apa entah . tak ingat . ada ayam yang pasti . dah serve , kiteorang pun makan sekali . tapi yang best , kiteorang punya port makan best . dalam bilik . senyap je . tapi kat meja makan arr . haha . ali tolong basukan pinggan and cawan aku dohh . baik siakk dia . haha . ohh terlupa something , kami dapat anugerah kumpulan terbaik ! yeah !! tak sia-sia aku berpeluh angkat periuk , nangis bertempur dengan bawang semua tu . haha . memang epic giler . walaupun hadiahnya tak seberapa . at least , kenangan bersama tu terpahat lagi .
mail sedang menyambut yb . seni dia cantik wa cakap sama lu
haha , kumpulan semuat buat persembahan memories ni kem . siap ada gangnam style . ohsemm !
yeah ! ali dapat hadiah ! i mean untuk team oleanden ^_^
peserta terbaik kursus . omedetou ne ..
majlis dah abis semua , kami kena bersihkan dulu meja apa semua . basuh-basuh segala macam tu . berpeluh plus melekit siakk . pergh , beg tak kemas lagi . mencicit lari kemas beg dulu after minta izin mak bibah . sensei dah tunggu bawah pokok dengan cik irrinnah and cikgu md . nor . minta izin balik lambat sebab masih banyak kerja belum settle lagi kat dapur tu . wahh , penat siakk . semua dah kemas kat dapur tu , tolong mak bibah bungkus makanan yang ada lagi . memang banyak . so , dapatlah jugak buah tangan dari dapur . haha . nak balik tu , sempat ili nak ambil gambar sesama . tapi , disebabkan tangan dia menggeletar , gambar tu blur . haha . kesian dia . sempat aww aku jerit babai kat ali and semua arr kat dapur . clumsy giler kan aku . nasib baik tak terjatuh time lari nak kereta sensei . memang dah lambat giler . kesian diorang tunggu aku lama nak habis kerja . dalam kereta sensei , memang dah lembik arr . penat dah jangan tanya tahap apa . hadoyy , penat penat pun , masih lagi tersenyum . teringat yang awal-awal kem , kononnya tak nak datang sebab takut . haha .
now , masih contact-contact lagi dak-dak tu semua . facebook of course . then , twitter lagi . humm , nak buat gathering balik , tapi tak tahu bila sempat . masing-masing ada hal sendiri . insyaAllah , ada masa nanti kita jumpa balik ya , uols ...
~ Agi Idup , Agi Ngelaban ! Team Oleanden ~
the most awesome camp that i've been
NOTE : jangan cakap tak suka kalau belum kenal . tak kenal , maka tak cinta .
0 comments:
Post a Comment